Ke atas

EXNESS Mengurangkan Komisyen untuk Penambahan Akaun Menggunakan Kad Bank

Jan. 27, 2014

Klien dan rakan kongsi yang dihormati,

EXNESS dengan sukacitanya mengumumkan bahawa komisyen untuk menambahkan akaun perdagangan anda menggunakan kad bank kini lebih rendah - hanya 1% - dan deposit minimum telah dikurangkan kepada USD 1.

Ramai klien EXNESS menggunakan kad bank Visa dan MasterCard untuk menambahkan akaun mereka dan mengeluarkan dana. Sehingga hari ini, sistem pembayaran ini menawarkan perkhidmatan di lebih daripada 200 buah negara dan boleh dianggap dengan pasti sebagai antara yang paling mudah dan selamat.

Selepas mempertimbangkan keperluan klien kami, EXNESS telah membuat keputusan untuk mengurangkan saiz komisyen. Pakar syarikat yakin bahawa kini, lebih ramai bilangan pedagang akan memanfaatkan keupayaan untuk membuat deposit menggunakan kad bank dan komisyen yang dikurangkan untuk menambahkan akaun akan menjadikan perdagangan di EXNESS lebih menguntungkan dan mudah.

Anda boleh mendapatkan maklumat yang lebih terperinci mengenai pilihan untuk menambahkan akaun dan mengeluarkan dana dalam bahagian khas di laman web rasmi EXNESS.

host www.exness.asia | env production